FAQs – El Nahl Malaysia
icon-shippingPenghantaran PERCUMA dengan pembelian minima RM100 ke seluruh Malaysia.

Soalan Lazim

Apakah perbezaan antara madu Habbatul Barakah, Squeeze Bottle dan Honey Sachets?
Sememangnya setiap madu El Nahl merupakan madu yang sama, iaitu 100% madu asli dan tulen yang bukan dicampur minyak mahupun biji Habbatus Sauda, tetapi dihasilkan secara semula jadi oleh lebah menghisap nektar bunga Habbatus Sauda yang tumbuh liar di Mesir. Jadi secara ringkas, perbezaan di antara madu-madu keluaran El Nahl hanyalah pada pembungkusan dan nilai isi kandungan. Oleh itu, anda akan memperoleh kebaikan kedua-dua madu dan Habbatus Sauda dengan setiap madu keluaran El Nahl.
Bolehkah amalkan Madu EL Nahl ini bersama dengan supplement kesihatan dan ubat-ubatan yang lain?
Tidak ada masalah. Madu El Nahl adalah madu 100% asli tanpa sebarang campuran kimia yang boleh mengganggu pemakanan supplement yang lain.
Bolehkan Madu El Nahl diberikan kepada kanak-kanak?
Madu El Nahl sesuai dan selamat diberi kepada kanak-kanak berumur setahun ke atas. Bagi kanak-kanak di bawah umur setahun, adalah tidak disarankan untuk memberi madu kerana madu secara umum boleh menyebabkan penyakit botulism kepada kanak-kanak di bawah umur setahun.
Siapakah yang boleh amalkan Madu El Nahl?
Madu El Nahl sesuai bagi orang dewasa khususnya ibu muda, ibu yang menyusu, orang dewasa yang bekerja dan generasi tua yang ingin mendapatkan kesejahteraan, kecergasan tubuh badan dan imuniti yang kuat.
Dari manakah Madu El Nahl diperoleh?
Madu El Nahl diperoleh secara terus daripada Mesir. Kami mengimport madu mentah dan membekalkan ke negara-negara Asia seperti Singapura, Brunei dan kini ke Malaysia.
Bagaimanakah cara pemakanan Madu El Nahl ini?
Cara pemakanan yang terbaik dalam mengamalkan madu El Nahl menurut pakar adalah dengan mengambil satu sudu makan setiap pagi sebelum sarapan dan satu sudu makan sebelum tidur.
Anda memerlukan bantuan?
BACK TO TOP